KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Disini saya akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai konsep bimbingan dan kaunseling :

1) KONSEP BIMBINGAN
Menurut Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menegaskan peranan penyusuaian. Katanya, bimbingan ialah proses profesional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat interprestasi untuk memehami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral.

Di samping itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang dihadapi oleh individu itu semata-mata. Maka dengan itu, James telah menyatakan bahawa fokus bimbingan ialah individu tersebut, untuk arahan kendiri. Yang diaplikasikan ileh James di dalam pengertian bimbingan ialah memberi peluang-peluang kesedaran kendiri dan arahan kendiri.

Pengertian dari Jones berkata, bimbingan yang boleh dikategorikan lebih komprehensif dan lebihkan kepada pertolongan peribadi oleh seseorang, iaitu seseorang yang telah disediakan untuk menolong seseorang itu membuat keputusan ke arah yang dituju dengan baik, apa yang hendak dibuatnya, atau bagaimana ia mendapat mencapai tujuannya itu dengan cara yang lebih baik. Ia menolongnya menyelesaikan masalah yang timbul di dalam hidupnya.

Kini kita perlulebih meneliti perkhidmatan-perkhudmatan sedemikian yang mewakili bimbingan. Seterusnya, ada pandangan dari Belkin bimbingan kaunseling mewakili pola perkhidmatan, yang meliputi orientasi, inventori individu, maklumat pendidikan dan pekerjaan, kaunseling, penempatan dan perkhidmatan susulan.

Dari pengertian ini, kita dapati bahawa bimbingan itu meliputi kaunseling. Malahan bimbingan meliputi semua aktiviti dan penggunaan pelbagai-pelbagai sumber. Antarnya, penasihatan, kaunseling, pemberian maklumat, ujian, lawatan, uji bakat, filem dan perbincangan di bilik darjah yang akan menolong murid membuat pilihan berhubungan dengan perancangan dan objektig pendidikan.


2)KONSEP KAUNSELING
Kaunseling ialah proses pembelajaran apabila seorang individu itu belajar tentang dirinya sendiri, tentang hubungan antara perseorangan, dan tentang tingkah laku, yang dapat memajukan perkembangan peribadi mereka sendiri.

Definisinya, satu proses apabila seorang yang terganggu (klien) ditolong merasa dan bertingkah laku dengan cara yang lebih memuaskan daripada segi peribadi dengan cara interaksi dengan orang yang tidak terlibat (kaunselor) yang memberikan maklumat dan reaksi untuk merangsangkan klien mengembangkan tingkan laku agar membolehkannya menghadapi dirinya dan persekitarannya dengan lebih berkesan lagi.

Menurut Dustin dan George berpendapat nahawa kaunseling suatu proses pembelajaran yang disediakan untuk meningkatkan tingkah laku penyesuaian dan mengurangkan tingkah laku salah penyesuaian.



PERBEZAAN ANTARA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Brown dan Pate (!983) menjealskan agak sukar untuk membezakan anatar psikoterapi dengan kaunseling. Terdapat banyak persamaan di antaranya. Tujuan yang sama adalah proses meberi bantuan yang bertujuan untuk kebajikan. Selain itu, kedua-duanya banyak menggunakan teknik dan kaedah yang sama dan pendekatan utama. Psikoterapi telah diubahsuai ke dalam tugas-tugas kaunselor. Jadi kaunselor adalah yang lebih berperanan terhadap kliennya.


Bagaimanapun, terdapat perbezaan yang ketara di anta psikoterapi dan kaunseling. Brown dan Pate (1983) menjelaskan antara perkara yang membezakan antara kaunseling dan psikoterapi ialah matlamat dan kaedah. Dari segi objektif, kaunseling bertujuan untuk mempertingkatkan kebajikan psikologikal. Individu dilihat sebagai menjelaskan proses perkembangan dan perubahan dan berhadapan dengan peringkat dan dugaan dalam kehidupan.

Kaunseling membantu individu untuk melalui proses perkembangan dengan berjaya dan menemui kebahagiaan. Kaunseling adalah satu proses yang bersifat fasilitatif dan promotional bertujuan untuk menyuburkan kebolehan individu dan menggalakkan individu untuk bersifat tidak bergantung dan mempunyai arah dalam kehidupan. Kaunseling adalah bersifat orientasi pertumbuhan lebih dari orientasi masalah.

Sementara itu, tujuan psikoterapi lebih bersifat khusus daripada objektif umum. Psikoterapi wujud kerana amelioration psikotologi. Ianya berontasikan masalah dan klien menghadapi kesukaran yang lari dari perkembangan psikologikal yang biasa. Masalah yang dihadapi adalah bersifat terhalang kejayaan kehidupan.

Menurut Tyler (1961) menjelaskan psikoterapi sebagai memberi fokus kepada perubahan personaliti sementara kaunseling memberi fokus membantu individu untuk menggunakan kekuatan yang ada untuk berdaya tindak menjadikan kehidupan lebih baik.

Corsini (1995) berpendapat bahawa perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ialah terdapat persamaan secara kualitatif tetapi perbeza secara kuantitatif. Ahli terapi lebih banyak mendengar, kurang memberi nasihat dan penerangan. Seterusnya ahli terapi berhadapan masalah yang lebih berat dari klien dalam kaunseling.

BPS Division of Clinical Psycohology (1979) menjelaskan bahwa kedua-dua kaunseling dan psikoterapi menggunkan kerangka teoritikal yang sama dan menekankan keperluan meberi penekanan kepada klien sebagai individu. Kedua-duanya mendengar secara sistematik dan mendengar apa yang dikomunikasikan. Ia juga membentuk keupayaan membantu diri dan bertanggungjawab. Ramai ahli psikologi seperti Truax dan Carkhuff (1967) dan Corey menggunakan istilah kaunseling dan psikoterapi secara silin berganti.



MATLAMAT KAUNSELING
Berdasarkan objektif-objektif bimbingan dan kaunseling yang dihuraikan, maka matlamat utamanya ialah memberi bimbingan dan saranan penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil sasaran perbincangan dengan kaunselornya untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran dan kerjaya yang dihadapinya melalui usaha diri sendiri.

Konsep Bimbingan dan Kaunseling kadangkala di salah ertikan sebagai sesuatu sesi digunakan untuk menganalisiskan dan mengkritikan kesalahan pelajar, menetukan punca kesalahan, memberi ajaran, ataupun memaksa pelajar berkenaan supaya menurut cara penyelesaian yang dibincangkan kaunselor. Selain itu, kainselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh pilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya.

Ringkas kata, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk keblehan ,menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk menghadapi dan dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.



PRINSIP KAUNSELING
Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut :
  1. kaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendaatkan pertologan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya.
  2. Kaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
  3. Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling, batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor.
  4. Keadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan sahaja semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual.
  5. Aktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling.
  6. Kaunselor memamikan kliennya.
  7. Kaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian dia antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan.
  8. Klien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekrja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.

KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bimbingan dan kaunseling membantu murid-murid untuk membantu diri mereka dan untuk memperkembangkan potensi mereka secara optimum dengan menggunakan peluang maksima yang dibekalkan oleh sesuatu persekitaran. Kepentingan bimbingan dan kaunseling ialah :
  1. ia membantu murid-murid untuk memahami diri mereka sendiri. Ia juga membantu mereka dengan benda-benda dan dunia di sekeliling mereka.
  2. Ia mempunyai kendiri dan sosial.
  3. Ia membantu individu-individu untuk memperkembangkan kebolehan dan kekuatan mereka untuk mencapai efiseni kendiri dan sosial.
  4. Ia juga bertujuan untuk mengakhiri pembaziran resos manusia dan fizikal dengan mebantu individu-individu untuk mencari kedudukan mereka dalam masyarakat.


ETIKA KAUNSELING
Kod etika kaunselor (KEK) Lembaga Kaunseling Malaysia mempunyai lima tujuan utama iaitu, untuk :
  1. menyediakan garis panduan bagi membantu kaunselor untuk bertindak secara profesional. Dengan yang demikian, mereka dapat memberikan perkhidmatan kaunseling yang terbaik dan nilai-nilai profesion kaunseling dengan cara terbaik.
  2. Mewujudkan prinsip-prinsip yang menetukan tingkah laku beretika serta amalan-amalan yang terbaik.
  3. Mebolehkan lembaga kaunselor malaysia menjelaskan tanggungjawab semua etika yang terdaftar dengan lembaga kaunseling malaysia.
  4. Memberi sokongan kepada misi Lembaga Kaunseling Malaysia.
  5. Menjadi asas bagi memproses aduan dan pertanyaan mengenai etika yang ditujukan kepada kaunselor.



TEORI PEMUSATAN KLIEN DAN PERORANGAN


PENGENALAN TEORI :
-teori pemusatan klien atau perorangan telah diperkenalkan oleh Carl Rogers dalam bukunya yang pertama, Counselling and Psychotherapy yang diterbitkan pada 1942. Rogers memulakan permusatan kepada pengalaman klien dan juga pandangan subjektifnya terhadap fenomena dunia ini.

Teori yang dikemukankan oleh rogers adalah menggangap manusia adalah aktif, ada tujuan kehidupan, ada matlamat dan sedia memperbaiki dirinya juga, yang mana kesemuanya mengambarkan bahawa manusia mampu bertindak sendiri mengikut pembawaan semulajadi. Pandangan Rogers ini merupakan teori kaunseling yang tidak berarah. Dalam proses ini kaunselor meletakkan tanggungjawab atas untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah klien (Columan dan Hammer, 1974).

Menurut rogers kaunselor perlu membataskan kerjanya kepada pemberian maklumat yang diperlukan oleh klien seperti mengenai peluang perkerjaan atau hasil ujian minat, kebolehan, dan nilai klien. Kaunselor yang tidak berarah cuba menggelakkan mencadangkan keputsan-keputusan atau penyelesaian supaya tanggungjawab akhir tetap berada dalam tangan klien.

Maka teori rogers banyak menekankan suatu pendekatan yang baharu dan mewujudkan suasana penerimaan, aman damai, kefahaman yang mana terapi pemusatan klien ini menumpukan perhubungan erat diantara kaunselor dan kliennya. Fungsi kaunselor hanya tertumpu sebagai pemudah cara dalam membentuk kendiri dengan membantu klien menjumpai keupayaan dan kebolehannya sendiri untuk menyelesaikan masalah.

Kaunseling tak berarah yang diperkenalkan oleh rogers dalam tahun 1949 an adalah bertentangan dengan pendekatan tradisi Psiko-analitik yang berarah dalam terapi individu. Rogers telah menyuarakan ketika itu yang mana beliau telah menentang andaian asas iaitu “kaunselor” yang lebih mengetahui.

Beliau juga mencabar keesahan prosedur teraputik yang diguna pakai pada ketika itu, iaitu dari segi menasihati, memberi pendapat, mengarah, memujuk, mengajar, menentukan dan menginspirasi. Andaian asas rogers adalah manusia itu boel dipercayai dammempunyai potensi yang luas untuk memahami diri mereka dan menyelesaiakan masalah sendiri. Minat awal rogers adalah tertumpu kepada kaunseling individu dan psikoterapi. Teori persinaliti yang sistematik dan dipraktikan dalam kaunseling individu. Pendekatan ini kemudiannya ditukar menjadi terapi pemusatan klien pada tahun 1951.


Latar Belakang :
Carl rogers dilahirkan pada 8 Januari tahun 1902 di Oak Park, Chicago, Amerika Syarikat. Beliau beragama Kristian Protestan, protestan bermaksud umatnya taat pada perintah tuhannya melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya. Ibu bapa Carl rogers menekankan dan mementingkan kebajikan anak-anak mereka, seperti Carl rogers ibu bapa beliau menanamkan dengan semangat, berkerja kuat dan taat pada agama tidak melakukan larangan dalam agamanya. Carl rogers minat membaca buku berbidang pertanian secara saintifik.


Pada awalnya carl rogers belajar di Universiti Wisconsin, belajar dalam bidang pertanian kerana ibu bapa carl rogers suka bertani dan pertanian. Selepas dua tahun carl rogers bertukar pekerjaannya menjadi seorang paderi. Semasa, perjalanan ke Orients pada tahun1922 dia menjadi paderi carl rogers telah mendalami doktorin agama dan memperhatikan sikap permusuhan cara dan gaya permusuhan antara Jerman dan Francis. Pengalaman ini telah menyebabkan beliau mempelajari “Liberal Thenologi Seminary” di Union Thenological Seminary, New Work.

Setelah memikirkan tentang hehidupan dan persoalan hidup serta memperbaiki kehidupan individu yang lebih konstruktif. Rogers akhirnya membuat keputusan untuk berhenti menjadi paderi dan menyambung perkejaannya dalam bidang bimbingan kanak-kanak dan bercita-cita menjadi psikologi klininkal.

Carls rogers mendapat Ph.D di Teachers Collage, Universiti Columbia pada tahun 1931. Sebelum mendapat Ijazah kedoktoran, pada tahun 1928 beliau telah berkerja dan bertugas di Rochester, New York. Tugas beliau adalah sebagai jabatan pengurusan kanak-kanak yang nakal dan kurang bernasib baik yang ditempatkan di Jabatan Kajian Kanak-kanak do Rochester.

Pada tahun 1939 sehingg 1940 beliau telah bertukar ke Ohio State Universiti sebagai seorang Profesor pada tahun 1945 sehingga 1957, pada tahun itu juga beliau telah melibatkan diri dengan Pusat Kaunseling di Universiti Chicago. Kemudaian berpindah ke Universiti Wiconsin sebagai seorang profesor dan beliau bertugas di Western behavioral Science Instutuite.

Konsep-konsep asas terbahagi kepada empat bahagian antaranya :
  • melalui pandangan Carls Rogers terhadap sifat semulajadi manusia iaitu yang bermaksud Rogers menggapan bahawa manusia itu adalah positif dan konstruktif jika suasana menghargai dan mempercayai diwujudkan oleh pencipta. Tetapi, rogers tidak menggemari dengan sistem yang sebaliknya yang mngatakan bahawa manusia tidak boleh dipercayai dan sebaliknya individu ini perli diarah, domotivasikan, disuruh, diberi pengajaran, diberi ganjaran, dikawal dan diuruskan oleh orang lain yang lebih berperanan dan mahir dalam mengatasai sesuatu masalah terhadap manusia (Corey 1982). Sebagai contoh, seorang kaunseling ini berperanan dalam menyelesaikan masalah kliennya dengan elbagai cara sekali pun agar masalah klien itu tidak bertambah sekiranya klien menceritakan perkara yang sebenar kepada kaunse,ling dengan lebih mendalam.

  • Rogers menyarankan tiga keadaan untuk mewujudkan suasana galakan pertumbuhan adap individu supaya individu dapat berkembang mengikut keupayaannya, iaitu : Genuiness atau Realness, penerimaan atau diberi perhatian, dan pemahaman yang mendalam.
  • Rogers cukup percaya jika sikap ini digunakan dalam perhubungan anatara manusia dan manusia. Manusia akan mengurangkan mekanisma bela diri dan akan lebih bersfat terbuka terhadap pengalamannya dan persekitarannya dan kelakuan mereka akan lebih baik, dan lebih komprehensif.
  • Teori Rogers membincangkan mengenai personaliti manusia adalah berasaskan kepada pengalaman beliau sendiri. Rogers mennolak pandangan konsep Frued tentang manusia yang mengadaikan manusia pada asasnya adalahlah tidak rasional, tidak wajar dan akan merosakka diri sendiri.

PRINSIP-PRINSIP ASAS
-Prinsip-prinsip asas ini terbahagi kepada tiga bahagian terpenting iaitu, melalui keadaan, proses dan hasil. Jika sesetengah atau sebahagian wujud maka proses tertentu akan lahir atau perubahan dalam personaliti dan tingkah laku (Grummon, 1979).

Rogers tidak percaya bahawa kemahiran teknik dan latihan ada sumbangannya kepada kejayaan. Sebaliknya, bekiau percaya bahawa sikap yang dipegang dab perhubungan dua hala oleh kaunselor adalah ramuan atau initipati terpenting untuk memperolehi kejyaan kepda klien. Menurut Rogers, sejauh mana perubahan personaliti dan gabungan kepada :
  1. sejauh mana kaunselor berkenaan kongruen dan ikhlas dalam perhubugan
  2. sejauh mana kaunselor mengalami pertimbangan positig tanpa syarat
  3. sejaun mana kaunselor memperluhatkan kefahaman empati yang tepat mengenai rangka dan tujuan dalam diri klien
  4. sejaun mana semua keadaan di atas dilakukan oleh klien


TEKNIK
-Mendengar, menerima, menghormati, memahami dan bertindak balas. Kecenderungan menggunakan satu teknik sahaja dan mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi kaku. Teknik tersebut harus berdasarkan perasaan jujur dari kaunselor dan bukannya was-was dari kaunselor.


PROSES TERAPUTIK
-Matlamat teori pemusatan klien bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu basi setiap individu. Tetapi ini berpusat pada klien, bukan sekadar tentang masalah yang diluahkan oleh klien. Menurut Rogers 1977 matlamat terapi bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah sahaja tetapi lebih dari itu, iaitu membantu klien dalam proses perkambangan agar agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada masa kini dan masa hadapan. Menurut Rogers mereka yang terlibat gan proses terapi akan sering bertanya seperti berikut;

bagaimana saya boleh menjadi diri saya yang sebenarnya?”
mengapa semua ini berlaku keatsa diri saya ?”
bagaimana saya nak capai apa yang saya mahukan selama ini?”
apakah lagi salah saya?”

kata-kata seperti ini sering klien bertanya kepada dirinya dan kaunselor. Tujuan asas teori pemusatan klien ini adalah untuk mencipta suasana yang kondusif dalam usaha membantu klien menjadi seorang yang berfungsi dengan sepenuhnya, Rogers 1961 menyatakan beberapa ciri menusia yang menuju ke arah kesempurnaan kendi iaitu, kesediaan menerima, merasai dan mengalami reality yang sbenar. Yakin pada diri sendiri. Klien dipandu perasaan dan pemikiran sendiri. Kesediaan untuk terus berkembang.


 KONGRUEN DAN GENUINE
-Kongruen bermaksud semua aspek yang digunakan oleh kaunselor pada masa sesi temu bual bicara antara kaunselor dan klien. Dari segi nilai-nilai murni yang baik, keikhlasannya, belas kasihan, memahami klien dan mendengar segala luahan dan rintihan masalah dari kliennya. Sesi temu buak iti doleh dilakukan dengan keadaan yang bebas tanpa ada pilih kasih terhadap klien. “Dia dalah dirinya” yang bermaksud disini ketika temu bual bersama klien, klien seharusnya menjadi dirinya sendiri jangan risau kerana kaunselor todak memilih kasih terhadap kliennya kaunselor ini lebih menerapkan sikap terbuka dan open minded. Kaunselor yang ikhlas adalah bersikap spontan dan menyatakan sikap dan perasaan yang mengalir dalam dirinya dengan terbuka, baik pada perasaan yang terbuka ataupun tidak.

Kongruen ini perasaan yang boleh memlahirkan perasaan sedih, marah, kecewa, suka, bimbang, keluh kesah, dan sebagainya semasa proses perhubungan berlaku.

Genuine pula bermaksud adalah sifat kejujuran kaunselor dalam menjalinkan hubungan bersamaqklien. Kuanselor mestilah menerima klien dengan fikiran yang terbuka, tanggapan yang positif dan suikap sudi menerima dan mendengar apa sekali pun masalah klien. Kira disini senuruk mana sekalipum klien tersebut kaunselor tidak boleh menilai klien itu bahawa klien ini seorang yang kuat bermasalah, suka membuat masalah, tidak boleh begitu. Kita sebagai kaunselor kena ada tanggapan yang positif, mendengar dahulu masalah klien, mengenal latar belakang klien, mesti ada sesuatu yang terjadi kepada diri klien sehingga dia ditimpa musibah dan masalah. Maslah tidak akan terjadi dan berlaku jika sesuatu yang tidak diinginkan berlaku ke atas diri klen tersebut.

Selain itu, kaunselor mestilah melayan klien dengan mesra, ramah, bonding yang mesra, sopan santun dan menggunakan bahasa yang baik-baik. Walaupun nilai-nilai yang dipegang oleh klien bertentangan dengan nilai-nilai kaunselor. Jadinya, kaunselor yang berperanan terhadap klien miskipun klien itu jahat sekali pun jika kita melayannya dengan bvaik bahasa yang baik mungkin dia akan percaya dan yakin bahawa kaunselor ini akan menjaga rahsianya, klien dapat meluahkan apa yang dia rasa dan sebagainya. Kaunselor menjadi peneman setia yang mendengvar serta otak juga perlu berfikir yang positif dan cuba sedaya upaya supaya dapat membantu masalah klien tersebut dengan jalan dan teknik yang baik dan berkesan.


KENDIRI
-Konsep kendiri juga merupakan prinsip asas dalam teori personaliti Rogers. Kendiri berkembang hasil dari interaksi yang baik dari persekitaran. Semasa pengembangan situasi yang baik ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaunselor dan klien, selain itu, kaunselor dapat menerapkan nilai-nilai yang baik kepada orang lain juga. Pendek kata, konsep kendiri ini mempengaruhi pengamatan individu tentang alam dan tingkah lakunya. Layanan dan bahasa yang digunakan oleh kaunselor boleh membuatkan klien percaya dan yakin terhadap kaunselor tersebut. Klien akan berasa tidak was-was dan berasa selesa dengan kaunselornya.


PENERIMAAN ATAU DIBERI PERHATIAN
-Sikap yang wajar ada pada seorang kaunselor ialah sikap “careing” iaitu sikap mengambil berat yang mendalam justeru, ikhlas menolong klien sebagai eorang manusia. Kiranya, saling bantu-membantu dan tolong menolong antara satu sama lain. Perasaan ambil berat ini pula tidak seharusnya tercemar oleh penilaian-penilaian tentang perasaan, fikiran, tingkah laku klien sebagai yang baik ataupun tidak baik (Corey,1982).

Kaunselor perlu memberi penghargaan yang baik dan tinggi kepada klien dan menerimanya dengan penuh kemesraan tanpa meletakkan syarat terhadap penerimaan itu. Inilah yang dikatakan oleh Rogers sebagai pertimbangan positif tanpa syarat.

Selain itu, menerima segala tingkah laku klien terhadapnya benar tidak bermakna kaunselor mengikuti kehendaknya sahaja. Menurut Rogers 1972, hasil kajian telah menunjukkan yang penerimaan yang tinggi pada diri klien akan menyebabkan klien hilang kepercayaan pada kaunselor tersebut. Ini sedikit sebanyak akan mengagalkan proses sesi kaunseling yang dijalankan ketika berlangsung.



PEMAHAMAN YANG MENDALAM (EMPATI YANG TEPAT)
-Empati ini bermaksud satu cara untuk cuba memahami dengan sifat sensitif dan tepat pengalaman klien dan perasaan klien serta memahami makna pengalaman yang dialami itu oleh klien ketika sesi kaunseling berlansung. Rogers percaya bahawa empati berasa bersama orang lain dengan cara empati adalah salah satu cara yang berkuasa untuk membawa perubahan personaliti (Grummon, 197s9).

Ini bermakna kaunselor seperti betul-betul berada dalam persepsi klien. Matlamat empati yang tepat ialah untuk membantu klien mendekati pengalamnya sendiri yang juga menjadi pemahaman kendirinya. Empati yang tepat menggalakan penyelesaian kepada keadaan tak kongruen di antara kendiri terhadap klien.


Prinsip lain, yang harus diikuti oleh kaunselor ialah menyediakan suasana kaunseling yang baik iaitu dengan cara kaunselor mestilah mendengar dengan teliti apa yang diadukan oleh klien. Kaunselor mestilah mampu meluahkan semula kepada klien tentang intipati dari apa yang ditanggapnya dari klien itu dalam keadaan mesra dan tidak menghakimi klien.


KESIMPULAN
-Teori Pemusatan Klien atau Teori Pemusatan Perorangan yang diasaskan oleh Carl Ransom Rogers adalah salah satu teori yang cukup dan berkesan dalam proses kaunseling. Teori ini mewujudkan suasana penerimaan terhadap klien tanpa syarat, proses yang aman dan damai dan kefahaman yang mendalam terhadap klien.

Perhubungan yang mesra dan erat di antara kaunselor dan klien cukup dititik beratkan oleh Rogers. Teori dan prinsip yang diamalkan oleh Rogers ini sedikit sebanyak mirip kepada ajaran agama islam dan sangat sesuai untuk diamalkan di negera Malaysia kita.

Dalam penerimaan tanpa syarat, Allah s.w.t telah sudah menyatakan bahawa setiap manusia itu tiada bezanya antara satu sama lain, melainkan amal soleh dan ketaqwaannya kepada penciptanya.



JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH

1) Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod pelajar
  1. mengendalikan fail bimbingan
  2. bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran yang berkaitan dengan penilaian dan pentaksiran minat pelajar
  3. mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan kaunseling
  4. menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar
  5. menyelidik setiap perkembangan pelajar

2) Perkhidmatan pemberian Maklumat
  1. mengumpul, menyedia, dan menyebarkan maklumat kerjaya, vokasional, latihan kepada pelajar (melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, hari kerjaya, pameran buku, program-program yang berfaedah kepada pelajar)
  2. menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya dan peluang latihan, pelajaran, sosial, dan peribadi.


3) Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompak
  1. mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional, kongnitif afektif, psikososial, fizikal-seksual dan moral agama pelajar.
  2. Menbincangkan mengenai suatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok yang tertentu. Contoh : masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan masalah yang lain-lain.
  3. Menubuhkan dan melatih pasukan pembinbingan rakan sebaya dan menyelia aktiviti mereka.

4)Perkhidmatan Kaunseling
  1. Kaunseling Individu dan kelompok
  2. kaunseling keluarga
  3. kaunseling tunjuk ajar

5)Perkhidmatan Penempatan
  1. membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya, pilihan dan kemampuan
  2. penempatan pekerjaan :
  • menjadi penyelarasan menempatkan pelajar mengikut program pengalaman bekerja (jika program seumpama ini diadakan)
  • membantu bahagian pendidikan vokasional dan teknik dalam mengadakan sistem memproleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah vokasional dan teknik)
  • membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki institusi-institusi pekerjaan.

6) Perkhidmatan pendidikan pencegahan dadah
  1. mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan inhalen.
  2. Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan pemulihan dan rawatan.


7) Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan
  1. membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkaitan dengan sosial peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya
  2. membantu pihak pentadbiran dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam mengenai program bimbingan di sekolah
  3. membantu ibu bapa atau penjaga pelajar dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar
  4. berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah

8) Perkhidmatan Konferen dengan ibu bapa
  1. mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama-sama mengawal kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran
  2. menghubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan
  3. menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru

9) Perkhidmatan penyelaras Resos
  1. penyelarasan bagi aktiviti-aktiviti berhubungan dengan kebajikan pelajar di antara sekolah dengan agensi lain-lain
  2. menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
  3. merancang dan menjadi bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaiki akhlak dan tingkah laku pelajar

10) Perkhidmatan Penilaian
  1. membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk membaikinya seperti Pembinbing Rakan Sebaya, kem Jaya Diri, Skim Lencana Antidadah dan motivasi kepada pelajar
  2. menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah


PROSES KAUNSELING INDIVIDU
Proses kaunseling yang dijalankan ini telah melibatkan beberapa proses yang utama. Proses-proses ini adalah terdiri daripada proses membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti masalah, menyemak alternatif, mengambil tindakan, penamatan dan susulan.

1) Proses membina hubungan :
proses yang pertama ialah proses membina hubungan atau lebih dikenali juga sebagai membina rapo. Pada tahap ini klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar bole dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien perkatakan atau sekadar berpura-pura. Oleh itu, reaksi lisan dan reaksi bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien. Kaunselor berperanan mewujudkan prpses teraputik supaya klien terasa dirinya diterima dan dihormati oleh kaunselor sera rasa selesa dan selamat pada diri klien. Kaunselor juga perlulah memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klein, keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat.

Di samping itu, proses ini juga membina hubungan ini juga adalah melakukan untuk memperjelaskan lagi kepada klien mengenai tujuan kaunseling dijalankan, tanggungjawab kaunselor dan klien, pemfokuskan dan limitasi-limitasi tertentu yang terdapat dalam kaunseling.

2) Pengstrukturan :
pengstrukturan dilakukan adalah untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunseling yang dijalankan, tanggungjawab kaunselor dan klien, pemfokusan dan limitasi. Tahap pengstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan menolong. Kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil bagi menyediakan ke arah yang dituju.

3) Proses penerokaan :
Proses penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan permasalahan yang klien hadapi. Bukan itu sahaja, melalui penerokaan ini juga, klien akan membuat penerangan atau pendedahan tentang situasi yang dihadapi oleh klien.

Selain itu, melalui penerokaan yang dijalankan klien dapat mengetahui apa yang berlaku, terhadap dirinya dan kebiasaanya situasi klien ketika itu adalah lebih terpengaruh oleh emosi negatif iaitu yang bermaksud pandangan dan fikiran yang sempit yang menjadikan seseorang itukeliru dan buntu dalam mencari jalan penyelesaian yang diinginkan olehnya.

4) Membina matlamat :
matlamat sesi terbina apabila klien dan kaunselor bersetuju membuat definisi masalah klien dengan diakui oleh klien, atau klien sendiri yang membuat pengakuan terhadap matlamat yang diinginkannya sepanjang sesi ini berlangsung. Oleh itu, kaunselor perlu membuat pengucapan tentang definisi masalah klien yang diakui oleh klien ataupun klien itu sendiri yang membuat pengakuan tersebut. Setelah masalah dikenal pasti kaunselor dan klien perlulah bersama-sama membina matlamat kaunseling yang telah diinginkan oleh klien. Matlamat kaunseling yang terbina berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti oleh klien. Lazimnya matlamat kaunseling perlu mengikut kemahuan klien dan kehendak kaunselor semata-mata.

5) Proses semak alternatif
Proses emak alternatif dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas diprolehi daripada klien. Di sini tugas kaunseling adalah menggalakkan klien membina beberapa alterntif. Kaunselor perlu mendorong klien membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya.
Sehubungan dengan itu, kaunselor perlulah menggariskan seberapa banyak alternatif yang telah diperolehi daripada klien. Ini lebih memberikan kesan yang positif. Selepas itu, jika klien merasakan pemilihan yang dibuatnya adalah yang terbaik, nila semula alternatif ini klien rasa boleh untuk membantu klien menyelesaikan masalah klien akan menggunakan alternatif ini bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya selama ini.

6) Proses mengambil tindakan
Proses mengambil tindakan merupakan sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien. Oleh itu, sesuatu pelan tindakan yang dipilih itu hendaklah realistik. Iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan. Sekiranya masih terdapat kegagalan selepas klien membuat tindakan, klien perlulah menyemak semula pelan tindakannya terebut bagi membina pelan tindakan yang lebih menarik dan lebih realistik untuk dicapai olehnya.


7) Proses penamatan
Setelah mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlangsung antara kaunselor dengan klien. Namun begitu, tindakan ini janganlah dibuat secara mengejut, kaunelor perlulah memberikan peluang untuk klien lebih bersedia dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, sebelum penamatan itu berlangung, matlamat kaunseling perlulah dicapai oleh klien lebih bersedia menghadapi masalah dan juga lebih selesa. Oleh itu, rumusan menyeluruh tentang proses kaunseling perlu dibuat oleh kaunselor agar klien nampak dan jelas tentang apa isu yang telah dibincangkan dalam sesi kaunseling. Seperti, :
  1. Penamatan sesi untuk sesi lanjutan setiap sesi kaunseling pada kebiasaannya mengambil masa 45 hingga 60 minit seorang kaunselor sentiasa menggalakkan klien bercerita masalah dalm lingkungan masa yang telah ditetapkan. Lebih kurang 5 minit sebelum sesi ditamatkan, kaunselor perlu mengingatkan klien akan tempoh masa yang masih ada. Peringatan ini memfokuskan kepada perkara yang lebih penting.
  2. Penamatan sesi kaunseling menyeluruh atau keseluruhan. Adalah peringkt akhir Iitu selepas kaunselor dan klien berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri klien merasa yakin masalah sudah selesai dan dapat mengendalikan masalah yang dihadapi secara sendirian.

8) Proses susulan
Susualn adalah merupkan proses menyemak maklumat untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien. Namun begitu, kadang-kadang perkara ini berlaku sebelum penamatan dan proses penyeliaan yang positif yang boleh menggalakkan kepada pertumbuhan yang klien inginkan.
Susulan amat penting kerana dapat meneguh dapatan klien yang berlaku dalam proses kaunseling dan boleh membantu kaunselor dalam menilai semua pengalaman sesi yang mereka yang telah jalani. Melalui susulan ini juga, seseorang kaunselor dapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennya. Susulan bimbingan dalam jangka yang pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka panjang sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penematan.

KEMAHIRAN KAUNSELING

Menurut Suradi Salim (1996), bimbingan dan kaunseling adalah satu proses dimana seorang kaunselor akan berinteraksi dengan individu untuk membantu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan, dan bakat denga sepenuhnya. Definisi di atas telah menunjukkan aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi kaunseling atau proses bimbingan dan kaunseling adalah interaksi antara kaunselor dan klien atau senang untuk dikenali lagi iaitu berkomunikasi. Maka kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah keberkesanan sesuatu proses bimbingan dan kaunseling adakah bergantung sejauh manakah keberkesanan yang berlaku di antara klien dengan kaunselor di sepanjang proses.

Demi memastikan proses bimbingan dan kaunseling berjalan dengan lancar iaitu berlakunya komunikasi yang berkesan maka kaunselor perlu mempunyai kemahiran asas komunikasi dan kemahiran memberi tumpuan untuk memastikan komunikasi yang berlaku antara mereka adalah komunikasi yang benar-benar berkesan. Keadaan ini penting untuk mendapatkan kepercayaan klien terhadap kaunselor memberi tumpuan dan ingin menolongnya. Menurut Dr. Zainal Abidin Ahmad dan Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2006) kaunselor perlu mempraktikkan kemahiran asas komunikasi mendengar iaitu menerima mesej klien dengan teliti dan memberi respon yang tepat pada mesej yang disampaikan. Keadaan ini memberi klien rasa kaunselor mengambil berat kepadanya. Sebagai contoh, klien suke kaunselor yang mendengar daripada bertanyakan pelbagai persoalanan daripada bertanya masalah sedang menyiasat dan mempersoalkan kelemahan mereka tanpa menberi mereka peluang untuk membela diri mereka. Ini secara langsung akan menyebabkan klien berasa tertekan dan tidak mahu bekerjasama untuk menjayakan sesi bimbingan dan kaunseling yang dijlankan.


RUJUKAN

-Akhlak dan Kuanseling Islam. Mohd Nasir Othman, Siri Islam dan Masyarakat.-Integriti Institusi Sosial, Resilliensi terhadap perubahan, Adb. Rahim Abd. Rashid et al. Universiti Malaya.-Fasilatator Kelompok Kecil, Zuraidah Addul Rahman.-Panduan menjadi fasilitator Efektif, Hamdan , Abd.Kadir Madon Mawel, Syed Hussin Jaafar.-Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling, Ee Ah Meng, Edisi kedua.-Kaunseling Individu Panduan membimbing individu secara praktikal dan berkesan, Dr. Maznah Baba dan Zainal Madon.-Sapora Suipon Kaunseling Kelompok, Edisi Kedua.-Pengenalan kepada Profesion Kaunseling, Sapora Sipon dan Hapshah Yusof, Universiti Sains Islam Malaysia.-Ubksmklepaerhilir.blogspot.com


Comments