Posts

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING Disini saya akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai konsep bimbingan dan kaunseling : 1) KONSEP BIMBINGAN Menurut Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menegaskan peranan penyusuaian. Katanya, bimbingan ialah proses profesional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosedur pendidikan, dan membuat interprestasi untuk memehami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral. Di samping itu, fokus bimbingan haruslah individu, bukannya masalah yang dihadapi oleh individu itu semata-mata. Maka dengan itu, James telah menyatakan bahawa fokus bimbingan ialah individu tersebut, untuk arahan kendiri. Yang diaplikasikan ileh James di dalam pengertian bimbingan ialah memberi peluang-peluang kesedaran kendiri dan a...